Ahad, 19 April 2009

PENDAHULUAN

Seiring arus pembangunan dan perkembangan sistem
pendidikan global kearah melahirkan modal insan cemerlang ,
gemilang dan terbilang, maka warga SMK Parit Betakberusaha
memperkembangankan potensi diri pelajar
Kelas Rancangan Khas ( KRK ) dalam semua aspek
JERIS dari segi akademik dan kokurikulum.

Sehubungan itu, program dan aktiviti yang dirancang
diharap dapat membantu pihak sekolah untuk mencapai
visi dan misi iaitu melahirkan pelajar yang berkualiti dan
seterusnya dapat meningkatkan imej sekolah.

VISI

SMK PARIT BETAK

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI GEMILANG

MISI

SMK PARIT BETAK

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU
MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

MATLAMAT

MEMPERKASAKAN MURID KELAS RANCANGAN KHAS (KRK)

Pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu di SMK Parit Betak
diharap dapat melahirkan murid-murid Kelas Rancangan Khas ( KRK )
yang berkembang dari segi kognitif dan intelek, jasmani , emosi ,
rohani dan sahsiah.

Di samping mewujudkan generasi yang positif terhadap
masyarakat , agama , bangsa dan Negara serta memiliki
jati diri yang mantap.

OBJEKTIF

* Peratus kelulusan PMR 2009 100 %
* 30 % murid mendapat ‘ perfect score ’dan tiada yang mendapat
bawah 5A
* Pencapaian GPS 1.8
* Murid-murid KRK berketrampilan , bermotivasi tinggi dan berdaya
saing secara holistik
* Murid – murid KRK mampu menghadapi cabaran globalisasi
* Murid-murid KRK memiliki perasaan bangga dan cinta akan
sekolah , warga pendidik , ibu bapa dan Negara.

JAWATANKUASA KECEMERLANGAN KRK

Pengerusi : Pn. Hjh Saedah bt. Sariyan
Naib Pengerusi 1 : Pn. Hjh. Ruziati bt. Hj. Hussin
Naib Pengerusi 2 : En. Harmali b. Johari
Penyelaras : Pn. Hasnah bt. Abu Nawi @ Wagimin
Setiausaha : Cik Irma Idayu bt. Ibrahim
Ahli Jawatankuasa
1. Pn. Rubiah bt. Jidon
2. Tn. Hj. Sa’adon b. Hj. Saaim
3. Pn. Hjh. Junaidah bt. Ahmad
4. Semua guru mata pelajaran KRK